mcmc
Keusahawanan

USAHAWAN (MERCHANDISER PRODUK SUSU)

NAMA : SITI NORIDAYU BINTI ZULNAKRI

JENIS PERNIAGAAN:NMERCHANDISER PRODUK SUSU

Beliau merupakan penduduk Felda Belara yang berperanan sebagai ‘merchandiser’ produk susu Farm Fresh di Terengganu.Beliau pada mulanya hanya menjalani aktiviti perniagaan secara ‘dropship’ seterusnya mengorak langkah sehingga menjadi lebih serius dan hanya memfokuskan perniagaan produk susu sahaja.

Beliau mendapat pelbagai permintaan dari pelbagai premis perniagaan termasuklah pasaraya,stesen minyak dan kedai runcit dari berbagai daerah di Terengganu .Produk-produk tersebut akan beliau hantar secara berkala dan ditempatkan di premis jualan tersebut, Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada penduduk Felda Belara dan di sekitar kampung untuk mereka yang memesan dalam kuantiti yang minima.