Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2023 adalah bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 27 Mei 2023. Sambutan rasmi juga akan diadakan secara sederhana dalam norma baharu seperti tahun lepas. Penetapan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 66/ Hari Malaysia (Malaysia Day) ke 60 tahun 2023 bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia yang memerangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat nasional bakal dilancarkan secara rasmi di Putrajaya yang dijangka pada masa terdekat
Konsep Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malaysia Madani menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan
Di bawah adalah informasi yang dikongsikan pada Majlis Perasmian logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 pada 27 Mei 2023. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil di Kuala Lumpur City Centre.
- Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2023 akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos 2023
- Sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2023
Sumber Asal : https://www.mysumber.com/hari-kebangsaan.html | Mysumber.com
Gambar Logo Hari Kebangsaan 2023 Malaysia
Rasional Atau Keterangan Logo
Malaysia Madani : Satu panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.
Jalur : Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia
Bulatan : Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
Bulan Sabit : Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama persekutuan
Bintang : Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
Warna biru : Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
Warna merah : keberanian, jatidiri dan keazaman
Warna kuning : Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
Warna putih : keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni
Tema Hari Kebangsaan 2023 : Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
Menurut Menteri Komunikasi & Digital, pemilihan tema tersebut dibangunkan menerusi kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri dariapda 16 orang pakar dalam pelbagai bidang.
Tema ini didukung konsep Malaysia Madani sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan. Ia berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
