PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2024 ( OKTOBER )
|
TARIKH : 21 – 29 OKTOBER 2024 TEMPAT : 1 ) SK TOK JIRING 2 ) SK KUBANG IKAN 3 ) SK TOK JEMBAL 4 ) SMK KOMPLEKS GONG BADAK 5 ) SMK BATU RAKIT 6 ) SMK DATO’ HJ AHMAD SAID
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH ( BIL PELAJAR RUJUK LAPORAN ) |
Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan SKMM telah mengadakan suatu program
Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Peringkat Negeri Terengganu 2024 di sekitar sekolah-sekolah di daerah Kuala Nerus
dan Kuala Terengganu.
Pihak Nadi sebagai wakil dari SKMM menghadiri program-program tersebut diatas jemputan daripada pihak sekolah
dan JKM sebagai pempamer.
Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak NADI kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut .
Tujuan : Memberikan informasi terkini mengenai cara menggunakan internet dengan lebih bijak .
Dengan memberikan sedikit penjelasan mengenai S.A.F.E kepada para pelajar yang ke booth pameran pihak NADI.
Aktiviti : Menjawab kuiz KDB , puzzle , taklimat S.A.F.E kepada para pelajar dan guru, memory create dan bermacam-macam lagi.
Golongan muda ini patut di beri lebih kesedaran mengenai keselamatan internet memandangkan mereka lebih cenderung
dengan teknologi masa kini . Diharap program sebegini patut diadakan lagi pada masa akan datang untuk memberi
peluang kepada pihak NADI untuk lebih dekat dengan komuniti setempat. Justeru dapat menyampaikan lebih
informasi yang terkini . Seramai 1459 orang pelajar dan guru telah menjadi Ahli Nadi Felda Belara secara percuma .