Pelancongan di Terengganu
Kawasan pelancongan di Terengganu terdiri daripada alam semulajadinya seperti pulau-pulau dan gunung-ganang.
Destinasi pelancongan
1.1 Pantai & Pulau
1.2 Bukit & Gunung
1.3 Air Terjun
Peta Pelancongan Negeri Terengganu
Destinasi Tarikan Pelancong Negeri Terengganu
|
Pantai & Pulau |
|
Pantai Batu Buruk |
|
Pantai Tok Jembal |
|
Pantai Airport |
|
Pantai Mengabang Telipot |
|
Pulau Kapas |
|
Pulau Perhentian |
|
Pulau Redang |
|
Pulau Lang Tengah |
|
Pulau Gemia |
|
Pulau Rhu Hentian |
|
Pulau Tenggol |
|
Pulau Bidong |
|
Rantau Abang |
|
Bukit & Gunung |
|
Bukit Kapal |
|
Bukit Patang |
|
Gunung Tebu |
|
Gunung Lawit |
|
Gunung Gajah Terom |
|
Air Terjun |
|
Air Terjun Sekayu |
|
Hutan Lipur Chemerong |
|
Air Terjun Lata Payung |
|
Air Terjun Saok, Tasik Kenyir |
|
Air Terjun Sungai Buweh, Tasik Kenyir |
|
Air Terjun Tembat, Tasik Kenyir |
|
Air Terjun Sekayu |
|
Belukar Bukit |
|
Lata Belatan |
|
Lata Tembakah |
|
La Hot Spring |
Taman tamadun islam
Taman Tamadun Islam satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang cukup popular kerana di sinilah terletaknya 21 monumen replika bangunan terkenal didunia yang mempunyai senibina yang asli seperti yang asal. Antara yang menjadi tumpuan ialah replika masjidil Haram, Masjidil Nabawi, Taj Mahal, Kota Islam Kota Lama Aleppo, Kubak As Sakhrah dan sebagainya
Tasik Kenyir
Tasik kenyir tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia dan disini menawarkan pelbagai tarikan alam semulajadi seperti memancing atas rumah bot, jungle trekking dan sebagainya.
Muzium Negeri Terengganu
Muzium Negeri Terengganu adalah muzium utama yang terletak di Losong yang terkenal kerana reka bentuknya yang unik dan diperakui sebagai muzium yang terbesar di Asia tenggara. disini pengunjung boleh melihat lebih dekat artifak ikonik negeri Terengganu iaitu Batu Bersurat
Pulau Redang
Pulau Redang destinasi percutian pulau peranginan di Negeri Terengganu yang sangat popular di kalangan para kaki penyelam dan snorkeling. Di sini menempatkan hidupan marin dan terumbu karang yang sangat cantik dan terdapat pilihan resort penginapan yang banyak.
Pasar Payang
Pasar Kedai Payang amat sesuai bagi yang ingin mencari sutera dan batik Terengganu, destinasi ini adalah yang paling popular. Pasar basah dan kering ini merupakan tempat membeli belah di Terengganu yang wajib dikunjungi sekiranya ingin mengenali budaya peniaga disini.
