MAKANAN TRADISIONAL NEGERI TERENGGANU
Negeri Terengganu adalah salah satu negeri yang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang membuatkan pelancong yang datang pasti berpuas hati. Antara makanan yang menjadi tumpuan pelancong:
- Keropok Lekor
Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut terdapat berbagai gerai yang menjual pelbagai jenama keropok lekor. Kalau di Kuala Terengganu , antara kedai yang dikenali ramai ialah di Losong dan juga Seberang Takir.
- Nasi Dagang
Nasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di Negeri Terengganu. Secara tradisinya, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan di ikat dengan menggunakan lidi.
Di Kuala Terengganu, antara kedai makan yang dikenali dengan nasi dagangTerengganu ialah di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah dan Nasi Dagang Kak Pah di Medan Selera Batu Buruk
Selain dari Keropok Lekor dan Nasi Dagang, Terdapat pelbagai Jenis lagi makanan yang telah menjadi tumpuan pelancong dan juga penduduk tempatan, antaranya:
-
-
- Nasi Lemak ikan tongkol
- Ketupat Sotong
- Ikan Singgang
- Laksa Terengganu
- Laksam
- Otak-otak
- Sata
- Sotong Celup Tepung
- Satay Ikan
- Kuih Bronok Sagu
- Pulut Lepe
- Kuih Puteri Mandi
- Kuih Ulat Bulu
- Roti Kayu Keramat
- Nasi Kapit Sambal
- Kuih Tok Aji Serban
- Kuih Beke Ubi Kayu
- Bekang Kuah Manis dan Kuah
- Kuih Tepung Gomok
- Kuih Nganang
- Kuih Nekbat Sira
- Rojak Katih
- Karipap Inti Ikan
- Asam Guppa
-

