FELDA BELARA terletak kira-kira 35 minit dari bandar Kuala Terengganu .
Mempunyai penduduk seramai 1800 orang ( radius 5km dari PEDi ).
Kampung Felda Belara adalah satu-satu tanah rancangan Felda yang terletak di Daerah Kuala Nerus Terengganu. Bertempat di kilometer 35 menghala ke Kota Bharu. Selain dari kampung indut terdapat tiga lagi kampung kecil ia itu Ladang Sentosa/ Pakoh, Kg.Batu 21 3/4 ,dan Kg. Mak Jintan.
Felda Belara telah dimajukan pada tahun 1962 dengan keluasan 854,437 hektar ditanam dengan tanaman Getah dan mempunyai peneroka seramai 208 orang yang dibahagikan kepada tiga peringkat.(peringkat satu seluas 469,295 hektar dengan peneroka 142 orang. (peringkat 2 seluas 221,215 hektar dengan peneroka seramai 66 orang dan peringkat 3 seluas 163,927 hektar untuk menampung pendapatan peneroka semasa ladang mereka ditanam semula pada tahun 1992. Pada tahun 2001 peringkat 3 tanaman getah diganti dengan kelapa sawit dan pada tahun ini 2016 getah peringkat 1 dan peringkat 2 ditanam semula dengan kelapa sawit.
Felda Belara dilengkapi dengan kemudahan asas seperti eletrik 24 jam (TNB) bekalan air bersih (SATU) dan kemudahan lain seperti Sek.Kebangsaan,Pejabat Felda,Pondok Polis,Pusat IT,Bangunan Rela,Dewan Sivik,Jalan Tar,Pusat Loji Proses Srg.Burung Walit,Bangunan sarang Burung Walit,Kedai Makan,Kedai Runcit, Masjid, Surau, Bangunan JKKK,Bangunan GPW,Kaw.Perkuburan,Bangunan Jkkr,Balai Raya, Sek.Agama(Sar),Klinik Desa,Tandas Awam,Bangunan Tabika, Wakaf,Gelangang Futsal,Perhentian Bas, Dataran Sukan,Taman Permainan,Padang Awam,Papan Tanda Blok dan sebahagian untuk keselesaan penduduk
AHLI PARLIMEN KUALA NERUS

YB DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI
Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus,
Hadapan Pasar Batu 6, Jalan Kelantan,
21200 Kuala Nerus, Terengganu
ADUN TEPUH


ENCIK AHMAD AZIZI BIN ZULKIFLI
Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus
Seksyen Pejabat Pegawai Daerah
Pejabat Pegawai Daerah
Pejabat Daerah Kuala Nerus
