mcmc
KIS

KARNIVAL KEMPEN INTERNET SELAMAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

13 DISEMBER 2025 | TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU ( TTI )

Pada 13 Disember 2025 (Sabtu), Karnival Kempen Internet Selamat Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab, khususnya dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini. Pelbagai pengisian menarik telah disediakan termasuk pameran, aktiviti interaktif serta perkongsian ilmu berkaitan keselamatan siber.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, sekali gus menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa literasi digital dalam kalangan masyarakat.

Pihak NADI Felda Belara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang terlibat dan berharap program seperti ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan Internet Selamat.