Jika dilihat pada faktor persekitaran pada masa kini, malapetaka dan ancaman bahaya adalah diluar jangkauan manusia. Di Felda Belara faktor keselamatan amat diutamakan bagi menjaga keselamat komuniti dan kampung.
- BALAI POLIS
Masyarakat di Felda Belara boleh membuat sebarang laporan kes kecurian, kemalangan dan sebagainya di Balai Polis Felda Belara. Balai Polis Felda Belara terletak di dalam kawasan Felda Belara dan berkhidmat 24 jam setiap hari.
Balai Polis Felda Belara
- RELA
Tujuan penubuhan RELA adalah untuk menjaga keamanan kampung daripada kes sepeti pecah rumah, kecuriaan dan banyak lagi. RELA akan menjaga dikawasan masuk Felda Belara bagi memastikan tiada kes jenayah yang dibawa masuk ke dalam kampung.
