mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q3 2019

SS3

Latar belakang

Persatuan seni silat ini baru ditubuhkan oleh beberapa orang berkepentingan didalam pengurusan Felda Belara bertujuan untuk mencari pelapis baru dan juga memupuk semangat perjuangan dan jati diri ahli silat itu sendiri supaya tidak lupa akan jati diri orang melayu.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Tiada aktiviti.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Kumpulan ini banyak menggunakan kelebihan ICT bagi mendaftar persatuan,juga mencari maklumat tentang seni silat ini.Peraduan mencipta logo juga diadakan menggunakan penggunaan ICT.

Apa yang dipelajari melalui PI

-Youtube

-Facebook Seni Silat Gerak Hulubalang

-Paint

-E-kerajaan (https://eroses.gov.my)

-Klik Dengan Bijak (KDB)

Bagaimana Pi membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

Memandangkan persatuan ini baru ditubuhkan,PI membantu dari segi pemantauan untuk promosi dan penambahbaikan persatuan seperti mewujudkan laman sesawang Facebook persatuan agar ramai lagi anak muda yang diluar sana menyertai persatuan ini.

Maklumbalas

Sebagai permulaan,Persatuan Seni Silat Gerak Hulubalang amat berterima kasih kepada semua petugas Pusat Internet yang dapat memberi tunjuk ajar kepada admin persatuan ini. Kami berharap agar ramai lagi anak muda dapat menyertai persatuan ini dengan mempelajari ilmu pertahanan diri.