Latarbelakang
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felda Belara sudah lama ditubuhkan walaubagaimanapun belum mendapat pendedahan dalam ICT seperti mendaftar laman sesawang Facebook dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Aktiviti yang diadakan hanyalah berbentuk offline dan tiada promosi didalam laman sosial dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Selepas mendapat pendedahan tentang kepentingan ICT pada masa sekarang, segala info tentang KRT dapat dipanjangkan ke pelbagai komuniti luar mengenai info semasa,promosi,program yang akan dilakukan dan sebagainya.
Apa yang dipelajari melalui PI
-Youtube
-Laman sesawang Facebook
-E-kerajaan (https://eroses.gov.my)
-KDB
-Dashboard Komuniti
-Mysoal
-Microsoft Publisher
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT
Petugas PI adalah salah satu ahli dalam KRT Felda Belara dan tahap kebolehan ICT para AJK menjadi satu kewajiban.Semua AJK perlu hadir ke PI bagi mempelajari ICT.
Maklumbalas
Sebagai permulaan,berterima kasih kepada semua petugas Pusat Internet yang dapat memberi tunjuk ajar kepada admin persatuan ini.