Latar belakang
Beliau bekerja sebagai penolong pengurus di PIK Felda Belara dan menjalankan perniagaan sambal hitam sebagai pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menjalankan perniagaan sambal hitam dengan membuka pesanan kepada orang terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau banyak mengikuti kursus usahawan dan menunjuk ajar usahawan seperti kelas Shopee,Marketplace Facebook,dan sebagainya bagi membantu komuniti usahawan meluaskan promosi produk masing-masing.Beliau juga banyak menggunapakai media sosial dalam mempromosi produk.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Jualan melalui aplikasi Shopee.
- Kursus Latihan Pengendali Makanan
- Dashboard Komuniti
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan peningkatan tahap kemahiran ICT
- -PIK menjadi tempat mendapatkan ilmu perniagaan seperti mengadakan Kursus latihan pengendali makanan,kelas keusahawanan,dan sebagainya.
- -PIK mendedahkan pelbagai medium untuk mempromosikan dan meluaskan lagi produk jualan.
Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI
Sepanjang saya bekerja sebagai penolong pengurus di PIK,pelbagai pendedahan berkaitan keusahawanan yang telah saya pelajari dan pratikkan didalam perniagaan saya.Saya tidak hanya memberi tunjukajar kepada komuniti usahawan malah saya juga mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi jualan sambal hitam saya ke peringkat yang lebih luas.Alhamdullilah setakat ini jualan sambal hitam saya mendapat sambutan baik kerana ramai pelanggan yang sentiasa mengulang pesan dan pelanggan baru tidak kurang juga ingin mencuba produk sambal hitam saya ini.