mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 2019-PERNIAGAAN RUNCIT

SS

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang bekas pekerja Pusat Internet (2012-2019)yang mula membuka perniagaan runcit sekitar awal tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Mendapat pengalaman yang luas dalam teknik pemasaran dan lain-lain bidang terutamanya keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada,beliau mengusahakan kedai runcit secara kecilan.Beliau berkelebihan dalam ilmu perniagaan kerana telah mendapat pendedahan semasa bekerja di Pusat Internet.

Apa yang dipelajari melalui PI

-Mempelajari cara membuat pemasaran ‘online’ melalui laman ‘facebook’,Instagram,dan aplikasi Whatsapp.

-Mempelajari kaedah mengiklankan produk didalam dashboard komuniti.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran IT?

-Melalui pengalaman sebagai petugas di PI,beliau menggunakan kelebihan yang ada untuk digunakan dalam bidang perniagaan ini.

Maklumbalas

Saya sangat berterima kasih kepada Pusat Internet Felda Belara kerana telah memberi saya keberanian untuk terus berjaya dalam hidup dengan bermulanya perniagaan kecil-kecilan ini.