Latar belakang
Beliau merupakan seorang pekerja di sektor swasta dan menjalankan perniagaan kambing perap sebagai pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menjadi ahli PI pada tahun 2020 dan mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan oleh PI Felda Belara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengikuti kelas usahawan ‘online’ Shopee di Pusat Internet Felda Belara dan mula memasukkan produk jualaannya di dalam aplikasi jual beli tersebut.
Apa yang dipelajari melalui PI
- -Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Shopee, laman facebook, membuat laman Facebook khusus untuk julan produk,dan aplikasi —Whatsapp.
- -Mempelajari kaedah mengiklankan produk di dalam dashboard komuniti.
- -Menyunting video produk.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan peningkatan tahap kemahiran ICT
PI memberi tunjuk ajar cara melakukan aktiviti jualan menerusi Shopee, promosi atas talian, dan menggalakkan beliau terus datang ke PI bagi mendapatkan info terkini tentang latihan dan kelas yang PI sediakan.
Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI
Alhamdullilah saya sangat bersyukur kerana menghadiri kelas usahawan anjuran PI Felda Belara.Walaupun jarak PI dari rumah saya memakan masa hampir setengah jam,namun saya berasa sangat berbaloi kerana ilmu yang saya perolehi disini adalah percuma ditambah dengan staf yang tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada saya.Di samping itu,produk saya semakin meningkat naik setelah melakukan pelbagai promosi.
Saya sangat berterima kasih kepada semua pelanggan saya dan juga PI yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk terus memajukan perniagaan Kambing perap ini