mcmc
Maklumat PI

Maklumat AM

           PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL 

        NADI FELDA BELARA

 

PENGENALAN

Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk:

    • – Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat    dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

      – Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

      – Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

      1. – Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
  • Melalui Belanjawan 2023 yang diumumkan pada 24 Februari 2023, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan program 1DUN 1PEDi yang melibatkan sekurang-kurangnya satu (1) PEDi di setiap DUN sebelum berakhirnya tahun 2023.

LOKASI NADI FELDA BELARA

Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI ) Felda Belara terletak kira-kira 29km dari Bandar Kuala Terengganu dan 20km dari Kuala Nerus. NADI Felda Belara mula beroperasi sepenuhya pada 21 April 2010. Sehingga JUNE 2021 nAadi Felda Belara telah pun mempunyai ahli berdaftar seramai 1300 orang terdiri dari pelbagai golongan. 

 

 PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL FELDA BELARA

                                                                                                               WhatsApp Image 2023 08 24 at 9.48.30 AM

NADI Felda Belara 
 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • – Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

    – Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer & internet.

    – Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.

    – Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

    – Meningkatkan kadar penembusan lajur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

https://web.whatsapp.com/441fd468-1a2a-4995-a1e0-bf311bef39e0″>WAKTU OPERASI

 

Hari

Masa

Dibuka setiap hari Ahad – Sabtu

(kecuali cuti umum dan kecemasan)

9.00 Pagi – 6.00 Petang

Rehat

(Kecuali Jumaat)

1.00 Petang – 2.00 Petang

12.30 T/Hari – 2.30 Petang

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1.     Pembelajaran Kelas secara percuma

2.     Perkhidmatan komputer/internet       

3.     Fotostat

4.     Mencetak (printing) biasa/berwarna

5.     Laminate

6.     Scanning /Mengimbas

7.     Binding / Jilid

8.     Menaip Dokumen

9.     Sewaan bilik / kelas
10.   Mempromosikan produk usahawan dengan menyediakan rak pameran untuk produk usahawan . 

 

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

1.      Pengenalan Komputer

2.      Pengenalan Microsoft Office Word

3.      Pengenalan Microsoft Office Power Point

4.      Pengenalan Microsoft Office Excel

5.      Pengenalan Internet

6.      Aplikasi e-kerajaan

7.      Aplikasi e-pembelajaran

8.      Aplikasi e-dagang

 

PROGRAM YANG DILAKSANAKAN

 

1.  Klik dengan Bijak (KDB)

  •     – Panduan keselamatan di internet
  •     – Risiko-risiko melayari internet
        

2. Kelas Keusahawanan

    – Memasarkan produk di Shopee

    – Cara mengetahui potensi pemasaran 

    – Jualan secara dalam talian