MAKLUMAT PI
PETUGAS – PETUGAS PEDi FELDA BELARA
PENGURUS : PUAN MARIANI BINTI MAMAT
NO TELEFON : 019-9680107
EMEL : belara@pedi.my
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 17 APRIL 2010
PENOLONG PENGURUS : CIK NOR SHAHANIS BINTI MOHD SHAFIE
NO TELEFON : 011-37448453
EMEL : am.feldabelara@gmail.com
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 2 APRIL 2023

Maklumat Pi (2)
PUSAT INTERNET DIGITAL
FELDA BELARA
PENGENALAN
Pusat Internet (PI) merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
LOKASI PI FELDA BELARA
Pusat Internet(PI) Felda Belara terletak kira-kira 29km dari Bandar Kuala Terengganu dan 20km dari Kuala Nerus. PI Felda Belara mula beroperasi sepenuhya pada 21 April 2010. Sehingga Julai 2017 PI Felda Belara telah pun mempunyai ahli berdaftar seramai 1171 orang terdiri dari pelbagai golongan. Buat masa ini, setiap ahli baru yang mendaftar akan mendapat kemudahan penggunaan internet secara percuma 1 jam selama 2 bulan dari tarikh pendaftaran.
PUSAT INTERNET FELDA BELARA
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar selaras dengan matlamat kerajaan
- Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktivti yang dijalankan di PI