FELDA BELARA – Tanggal 31 Ogos 2023 , Sambutan Hari Kemerdekaan di Felda Belara telah berlangsung . Pelbagai aktiviti dan acara menarik yang dianjurkan oleh pihak MPKK dengan kerjasama pihak Pedi Felda Belara .
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan Basikal Berhias yang di sertai oleh anak-anak Felda Belara.
Sorotan acara Basikal Berhias .

Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penduduk Felda Belara.
Pihak Pedi juga terlibat dalam mempromosikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 di Felda Belara dengan mewawarkan acara ini melalui aplikasi Whatapps dan Iklan bertulis di Pedi . Pihak Pedi juga memberikan sedikit sepatah dua kata dalam mempromosikan kempen Klik Dengan Bijak . Selain itu , mempromosikan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Pedi kepada penduduk sekitar.

Acara Pakaian bertemakan Hari Kebangsaan .
Objektif acara ini di adakan bagi memupuk semangat jati diri ke dalam diri anak-anak muda , agar mengenali dan menghormati pakaian kebangsaan negara kita iaitu baju melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk wanita .
