Utama

Pada 1 Ogos 2026, telah berlangsung Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Negeri Terengganu yang menghimpunkan wakil daripada setiap NADI di seluruh negeri Terengganu.

NADI Felda Belara turut menghantar wakil iaitu pasukan Vanguard yang terdiri daripada 6 orang pemain bagi membawa cabaran pusat kami ke peringkat negeri. Pertandingan berlangsung dalam suasana yang penuh semangat kesukanan, kompetitif dan menguji kemahiran strategi serta kerjasama berpasukan setiap peserta.

Walaupun berdepan saingan sengit daripada pasukan-pasukan lain, pasukan Vanguard telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sepanjang pertandingan. Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat belia dalam bidang e-sukan, malah turut memupuk nilai disiplin, komunikasi dan semangat berpasukan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pemain pasukan Vanguard atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan prestasi serta mengharumkan nama NADI Felda Belara pada pertandingan akan datang.

#NADIFeldaBelara #MLBBTerengganu2026 #Esukan #NADI #KomunitiDigital #TeamVanguard

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2019-PROGRAM BERSAMA MIV

Tujuan Diadakan untuk pemantauan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Internet Felda Belara.   Aktiviti Seramai 3 orang peserta MIV ditugaskan untuk menjayakan hari tersebut iaitu menjalankan aktiviti peraduan mewarna,Klik […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2019- Microsoft Word 2010

                                         Tujuan Mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Words 2010 Aktiviti Memberi […]

Baca lanjut →

PROGRAM MIV PI Felda Belara Bersama Murid SK LKTP Belara

22 September 2019 Galeri Foto

Pada 13 September 2019 (Jumaat) telah diadakan Program Bersama MIV di Pusat Internet (PI) Felda Belara.Antara aktiviti pada hari tersebut ialah  peraduan mewarna,Kuiz ICT,dan Klik Dengan Bijak (KDB).Pihak MCMC turut […]

Baca lanjut →

MYPLACE-LATIHAN SILAT 2019

TARIKH-: 11 SEPTEMBER 2019 TEMPAT-: DEWAN SIVIK FELDA BELARA PESERTA-:BELIA FELDA BELARA            

Baca lanjut →

BICARA KEMERDEKAAN 2019

11 September 2019 Maklumat Setempat

Pada 29 Ogos 2019 (Khamis) diadakan program ceramah Bicara Kemerdekaan yang bertempat di Masjid Felda Belara.

Baca lanjut →

NOTIS PENUTUPAN PUSAT INTERNET

30 August 2019 Maklumat Setempat

                                                            […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

15 Aug
15 Aug

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya