📅 1 November 2025
🏆 Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Negeri Terengganu
Pada 1 November yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Negeri Terengganu yang menghimpunkan pasukan hebat dari seluruh negeri.
NADI Felda Belara turut melakar langkah berani dengan menghantar 1 pasukan handal yang terdiri daripada 6 pemain berbakat besar untuk menggalas cabaran di pentas negeri! 🔥
Alhamdulillah, pasukan ini telah menunjukkan aksi yang mantap, strategi yang padu, serta semangat kesukanan yang luar biasa sepanjang pertandingan. Walaupun berdepan cabaran sengit, mereka tidak pernah mengalah — malah terus berjuang hingga ke titisan terakhir! 💪🎮
Kami di NADI Felda Belara amat berbangga dengan pencapaian dan kesungguhan mereka.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh di masa akan datang. 🌟
#NADIFeldaBelara #TeamBelara #MLBBTerengganu #SemangatKesukanan #BanggaBelara



