| NAMA | NORASHIDAH BINTI ABDLLAH |
| UMUR | 28 TAHUN |
| KEJAYAAN | USAHAWAN BUNDLE TOKOL |
| ALAMAT |
25/1 FELDA BELARA, 21050 KUALA TERENGGANU |
Latar belakang
Puan Norashidah binti Abdullah berumur 28 tahun merupakan seorang peniaga runcit, dan mula berjinak dengan perniagaan atas talian iaitu bundle tokol pada tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Mempunyai kedai runcit di dalam kampung Felda Belara lebih kurang 4 tahun namun tidak menggunakan platform kemudahan internet untuk berniaga, hanya menggunakan kaedah jualan secara offline sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah mendaftar ahli PI dan mengikuti latihan keusahawanan secara percuma dan berjaya mendapatkan geran GMBO dari kerajaan sebanyak RM1000 pada tahun 2013.
Pada 2017, memulakan perniagaan sampingan dengan perniagaan bundle dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga membuka akaun facebook Felda Belara Bundle Tokol.
kelas usahawan yang dihadiri
Apa yang dipelajari melalui PI1M
- Mempelajari cara memulakan perniagaan iaitu asas perniagaan seperti penggunakan ms office untuk membuat kerta kerja yang lengkap, pengiraan carta alir keluar masuk duit syarikat dan lain –lain.
- Salah seorang ahli PI1M yang mendapat geran GMBO.
- Mengikuti kursus e-rezeki MDEC oleh PI1M.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI1M membantu untuk terus mencari peluang yang tersedia luas di internet, cara pemasaran yang betul dan juga pengetahun ICT.

Produk dan promosi di media sosial
Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI1M
Saya berterima kasih kepada petugas PI1M Felda Belara kerana banyak membantu saya dalam perniagaan terutama sekali selepas saya mendapat geran dari program GMBO pada tahun 2013. Sekarang ini saya amat berharap agar perniagaan ini terus maju dan PI1M terus kekal dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk masyarakat.
