mcmc
Maklumat Komuniti

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN

WhatsApp Image 2024 06 06 at 11.04.11

Dalam landskap landskap penjagaan kesihatan Malaysia yang mencabar, komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kesihatan rakyat Malaysia adalah tidak berbelah bahagi, dibuktikan dengan perancangan strategik dan sokongan kewangan yang berterusan untuk inisiatif penjagaan kesihatan.

KKM berdedikasi untuk mengubah landskap penjagaan kesihatan, memastikan responsif terhadap keperluan segera dan kemampanan dalam jangka masa panjang.

Kesihatan merupakan tonggak kesejahteraan. Hakikatnya, sistem kesihatan negara berdepan dengan pelbagai cabaran.

Antara cabaran yang dihadapi adalah peningkatan beban penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, peningkatan permintaan perkhidmatan kesihatan, kesesakan fasiliti kesihatan awam dengan masa menunggu yang lama serta beban kewangan kepada rakyat yang terpaksa mengeluarkan wang untuk mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan swasta.

Inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Dilaksanakan secara berfasa sebagai projek perintis di seluruh negara.  Ianya Percuma. 

Program ini terbuka kepada semua komuniti .