SEASON 3
Tarikh : 22 Ogos 2025
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : NADI FELDA BELARA
Pada 22 Ogos 2025 (Jumaat), telah berlangsung Perlawanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Saringan NADI Felda Belara yang bertujuan memilih pasukan terbaik untuk mewakili NADI Felda Belara ke peringkat seterusnya.
Sebanyak 2 kumpulan telah mengambil bahagian dalam perlawanan ini, dengan setiap kumpulan dianggotai oleh 6 orang pemain iaitu 5 pemain utama dan 1 pemain simpanan.
Perlawanan ini berjalan dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan yang sihat. Semua pemain yang menyertai perlawanan ini merupakan Ahli NADI Felda Belara. Kumpulan Aura Dominatorz telah berjaya memenangi perlawanan peringkat saringan ini .
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan mereka! Pasukan yang berjaya mara akan membawa nama NADI Felda Belara ke peringkat yang lebih tinggi.
💡 Semoga perlawanan ini dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan e-sukan dalam kalangan belia Felda Belara.



