

📣 PROGRAM CUTI SEKOLAH @ NADI FELDA BELARA 📣
Sempena cuti sekolah ini, NADI Felda Belara telah menganjurkan Program Pendedahan Kempen Internet Selamat (KIS) yang dipenuhi dengan pelbagai quiz dan aktiviti interaktif untuk kanak-kanak dan remaja 🎉
Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah:
✅ KIS & Kita – Permainan teka silang kata berfokus kepada kesedaran Internet Selamat
✅ KIS WAR – Permainan interaktif melalui platform Kahoot
✅ Jom Mewarna Tindakan Bijak – Pilih tindakan yang betul berdasarkan situasi bergambar
✅ Detektif Siber – Kenalpasti kesilapan dan ancaman dalam penggunaan Internet
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta tentang penggunaan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan 🛡️💻
📅 Tarikh: 22 – 29 Disember 2025
📍 Lokasi: NADI Felda Belara
Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan semangat yang sangat positif. Jumpa lagi di program NADI yang akan datang! 💙
#NADIFeldaBelara
#ProgramCutiSekolah
#InternetSelamat
#KIS
#NADIMadani