ROAD TO 1 MILLION MEMBERS

10 September 2024 : TAKLIMAT S.A.F.E dan Buli Siber
Pihak sekolah SMK Padang Kemunting telah menjemput Nadi-Nadi dari Kluster Kuala Terengganu dan Kuala Nerus untuk memberikan taklimat
kepada para pelajar di sekolah . Seramai hampir 700 orang pelajar telah menyertai program ini . Pihak Nadi amat berterima kasih kepada guru-guru dan pelajar kerana sudi menjemput pihak Nadi untuk program kali ini. Program ini telah berlangsung dengan jayanya , dengan kerjasama yang terbaik dari team-team Nadi . Pendedahan Buli Siber kepada pelajar amatlah diperlukan untuk membimbing masyarakat muda agar lebih berpengaetahuan didalam alam maya yang semakin membangun masa kini . Para pelajar dapat memahami secara lebih mendalam tentang pelayaran internet secara lebih selamat .
