mcmc
Keselamatan

TIPS KESELAMATAN BANJIR

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 🌧️💧

Musim banjir bukan sahaja membawa risiko bencana alam, malah turut meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit dan masalah kesihatan lain. Justeru, penting untuk kita sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga demi melindungi diri dan keluarga.

Antara langkah keselamatan kesihatan yang perlu diamalkan semasa banjir:

✔️ Elakkan daripada bermain atau meredah air banjir kerana ia mungkin tercemar dengan najis, bahan kimia, atau binatang berbisa.

✔️ Gunakan hanya air yang bersih dan dimasak untuk minuman, memasak, dan membasuh makanan.

✔️ Sentiasa mencuci tangan dengan sabun, terutamanya sebelum makan dan selepas ke tandas bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

✔️ Pastikan makanan dimasak sepenuhnya dan elakkan pengambilan makanan yang sudah rosak atau terdedah.

✔️ Pakai kasut getah atau but semasa berada di kawasan banjir untuk mengelakkan kecederaan dan jangkitan.

✔️ Gunakan ubat nyamuk atau kelambu bagi mengelakkan gigitan nyamuk yang boleh menyebabkan demam denggi atau malaria.

✔️ Sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, muntah, atau cirit-birit, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat.

𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠. 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧.

#KeselamatanMusimBanjir#TipsKesihatan#HRPZII#SediaHadapiBanjir#KitaJagaKita