NAMA : NOR SYUHADA BINTI ABDULLAH
JENIS PERNIAGAAN : KEDAI MAKAN
Beliau merupakan pengusaha kedai makan yang berasaskan sup seperti nasi ayam,bihun sup,mee celup,dan pelbagai lagi.Beliau membuka kedai makan pada awal Julai 2019.
Pada asalnya beliau memulakan perniagaan secara ‘offline’ dengan cara memngumpul pesanan dengan berkunjung dari rumah ke rumah penduduk kampung dan seterusnya menyiapkan pesanan tersebut keesokan harinya.Beliau telah menggunakan laman Facebook milik peribadi untuk mengiklankan menu jualan beliau dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai. Beliau mula mendapat kunjungan dari pelanggan pelbagai daerah untuk mencuba menu yang ditawarkan di kedai beliau.Beliau juga turut menerima pelbagai tempahan majlis dan jamuan.