NAMA USAHAWAN : DOLLAH BIN NAWANG DAN SAMSUDDIN BIN DOLLAH
JENIS PERNIAGAAN: USAHAWAN TERNAKAN KAMBING DAN AYAM KAMPUNG
Dollah bin Nawang merupakan seorang Peneroka di Felda Belara, selain dari itu beliau mengusahakan ternakan kambing dan ayam kampung sebagai sumber pendapatan tambahan. Beliau mengusahakan ternakan ini bersama anak beliau iaitu Samsuddin bin Dollah. Mereka memasarkan ternakan mereka kepada penduduk setempat dan penduduk luar. Sambutan yang sangat mengalakkan terutama pada musim perayaan, kenduri perkahwinan dan majlis keramaian.
